kata alu - aluan

Rabu, 24 Ogos 2011

BLINGEE

 










nak lebih banyak lagi???
follow me!!!


Terima kasih krane membace....Klau da bce tu,komen la skali yer...

Jumaat, 12 Ogos 2011

USAH RISAU JIKA TIDAK COUPLE


USAH RISAU JIKA DIRI BELUM BERPUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita.

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh.”Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja”.

Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka.”Aku x cantik ke?” “Aku kurang bergaya ke?” “Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?” “Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya”. Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.

Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat. Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.

Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Jalan lurus menuju cinta Ilahi
Oh,remaja! Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.

Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.

Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Sunyi? ALLAH bersama kita setiap masa...
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya,” first thing first”.Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!


aishiteru-Single is Simple

Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah? Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.


Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu’alam.

  
Cinta selepas kahwin lebih bahagia


Jika belum siap, cintai dalam diam. 

Luahkan jika bersedia dikau ingin jadikan si dia teman hidupmu..





Terima kasih krane membace....Klau da bce tu,komen la skali yer...

COUPLE VS KAHWIN


1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing
.
6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, 
jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.

Terima kasih krane membace....Klau da bce tu,komen la skali yer...

JODOH KETENTUAN ALLAH


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.


Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
  • Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
  • Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

  • Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.


 Jangan cintai seseorang setinggi langit, karena langit bisa runtuh…
Jangan cintai seseorang sedalam lautan, karena lautan bisa surut…
Jangan cintai seseorang sebesar dunia, karena dunia bisa hancur. 
Cukup cintai seseorang seujung kuku, walau kecil, 
walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh…


Terima kasih krane membace....Klau da bce tu,komen la skali yer...

Sabtu, 6 Ogos 2011

~SANA SINI RESEPI~

BISKUT SHORTBREAD/ CHOCO BATIK


Bahan (utk base biskut)240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak alas bhg basenya sje.
2. Gaul ke semua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
jgn kering nanti bkut berderai.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat 
dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar msk sekata.
4. Tekan alat pemotong ke dlm adunan biskut & bakar pd suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut 
sejuk sebelum dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening (agak2 aje)


Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong kedalam biskut dan sejukkan dlm fridge 
selama 10’ atau sehingga coklat telah keras.
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut 
sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.

Simple Choc. Cake



Ing. A 2 cup all purpose flour 
1 1/2 cup coco powder ( mklang guna 1 cup only) 
2tsp b/powder 
2tsp s/bicarbonate 
3tsp nescafe 
a pinch of salt 

Ing.B 2 cup castor sugar 
1 cup cooking oil 
1 cup evaporated milk 
3 egss 


Ing.C 1 cup hot water (mklang guna 3/4 cup) 
Method In a large bowl, combine A...mix well. 
In another separate bowl, combine ing.B..mix well. 
Add both and mix them until well incorporated 
Lastly add in the hot water 
Bake for 60'/160C (mklang msk dlm papercup...bakar 20'..suhu 175C) 

Buttercream by Ida isk 125g shortening 
125g butter 
3/4 cwn koko powder (mklang kurangkan sukatan coco powder) 
2sb susu pekat 
vanila esen 
4 cwn ising sugar (mklang kurangkan ni...jadikan 3 cwn je..ikut manis sendirilah) 


Ing. A~ 2 cup all purpose flour 
1 1/2 cup coco powder ( mklang guna 1 cup only) 
2tsp b/powder 
2tsp s/bicarbonate 
3tsp nescafe 
a pinch of salt 


Ing.B ~2 cup castor sugar 
1 cup cooking oil 
1 cup evaporated milk 
3 egss 


Ing.C~ 1 cup hot water (mklang guna 3/4 cup) 

Method~ In a large bowl, combine A...mix well. 
In another separate bowl, combine ing.B..mix well. 
Add both and mix them until well incorporated 
Lastly add in the hot water 
Bake for 60'/160C (mklang msk dlm papercup...bakar 20'..suhu 175C) 

Buttercream~  125g shortening 
125g butter 
3/4 cwn koko powder (mklang kurangkan sukatan coco powder) 
2sb susu pekat 
vanila esen 
4 cwn ising sugar (mklang kurangkan ni...jadikan 3 cwn je..ikut manis sendirilah) 





KEK MILO

[kekmilo.jpg]

Eggless Milo Cake

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan milo

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Chocolate Cake II


A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Chocolate Muffin





Bahan-bahan 

                                             • ( 20 biji )6(M-size) biji telur 
• 150g chocolate chips 
• 250g butter tanpa garam- dicairkan 
• 50g serbuk koko - ayak 
• 2 sudu kecil baking powder - ayak 
• 200g gula aising - ayak 
• 200g tepung gandum - ayak 

Cara-cara 

1. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sampai berbuih. Tak payah guna mixer. 
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau. 
3. Masukkan butter. Masukkan chococolate chips. Kacau sampai sebati 
4. Isikan adunan ke dalam cup muffin. 3/4 penuh. 
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 30 minit.


                                                   MUFFIN COKLAT 

Bahan A [Kacau rata] 
 
1 cawan susu cair 
1 cawan air 
1 cawan butter cair 
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan] 
 
2 cawan tepung superfine 
1/2 cawan serbuk koko 
1 s/k baking powder 
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata] 
 
1 biji telur ayam 
1 s/k esen vanilla

Cara 
 
1. Panaskan kukusan 
2. Kacau semua bahan A supaya sama rata. 
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi. 
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil. 
5. Lapikkan papercup dalam acuan apam dan masukkan adunan. 
6. Kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana. 
7. Sejukkan dan hiaskan dengan krim coklat

KRIM COKLAT 
 
250 gm cooking coklat 
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara  

1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas. 
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair dalam kuali yg diisikan sedikit air. 
3. Bila nampak separuh coklat telah cair tutup api. 
4. Kacau lagi coklat sampai semua cair. 
5. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati. 
6. Hiaskan mengikut pilihan sendiri. 





CHOCOLATE MINI MUFFIN

Bahan A 

2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan] 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara 
1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling ekcil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana.
9. Sejukkan dan hidangkan.
 


Kek Coklat Kukus



Bahan2:

2 cawan tepung blue key (aku guna tepung naik sendiri brand Tesco)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

dan juga..periuk kukus la..of course!

Cara2:

Campurkan semua bhn satu persatu. Just pakai wisk , xyah pakai mixer..takut terlalu naik nanti...bancuh rata then kukus dlm masa 40 minit camtu...senang taw! sedap & moist lagi!



Muffin Coklat


MUFIN COKLAT


Bahan2:
200 gram coklat masakan
70 gram butter
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(aku terus guna tepung naik sendiri)

Cara2:

Cairkan coklat masakan secara 'double boiler'. 


Setelah cair, masukkan mentega. 
Setelah mentega cair, kacau sebati dan ketepikan. 
Dalam pada tu, bolehlah start panaskan oven anda dlm suhu 170 darjah celcius /gasmark 4.
Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur & gula. 

Kacau sehingga sebati.
 Tak payah pukul sampai kembang pun. 
Kemudian, masukkan coklat td kedlm mangkuk telur. 
Gaul rata kemudian masukkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit. 
Aku tambah potongan almond dlm adunan...so, suka hati korang la kalo nak tambah apa2 dlm adunan tu. Lepas tu, masukkan adunan sehingga 3/4 bekas muffin tu. 
Taburkan hiasan sesuka hati. bakar dlm 20 minit camtu. 

Terima kasih krane membace....Klau da bce tu,komen la skali yer...

- ai lovely wan -