Telur Separuh Masak Baik Untuk Jantung
Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan.

Pasti tidak cukup sekeping roti. Namun tahukah kamu akan kebaikan set sarapan ini? Jika kamu mengambil putih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kamu sepanjang hari. Mengikut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung kamu! Tunggu apa lagi ambillah telur separuh masak untuk sarapan kamu.
Badam Beri Tenaga Tambahan
Ramai yang berpendapat kacang akan mengakibatkan jerawat. Jangan mudah membuat persepsi sendiri tahukah kamu bahawa badam amat baik untuk diamalkan. Tiada siapa pun mampu menafikan badam sangat enak. Tambahan pula sekiranya ia di makan bersama coklat atau di letakkan di dalam kek. Tidak mengapa teruskan mengunyah badam kerana ia memberi tenaga tambahan kepada tubuh. Selain itu, badam juga mampu membuatkan kamu kenyang untuk tempoh yang lama dan kandungan serat tinggi dalam badam juga baik untuk kesihatan usus. Lebih baik lagi badam juga kaya dengan zat besi, zink, magnesium, kalsium, vitamin E serta protein yang diperlukan tubuh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan