kata alu - aluan

Khamis, 10 Mac 2011

Petua & Tips Kesihatan dan Kecantikan Anda Sekeluarga

hari ini tiada cerita yang saya nak sampai an,
yang ada arini saya nak berkongsi petua dan tips kesihatan tok korang smue,
saya berharap petua dan tips bleh dguna pakai oleh korang semua...
  • Sakit Bila Datang Bulan. 
Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos. 
Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. 
‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. 
Pasti tidak lengkap sekira ingin mendalami masaalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya.
Pengaliran haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. 
Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. 
Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya

APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. 
Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. 
Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. 
Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. 
Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.    
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
     -  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki. 
Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus(PMS), seperti ;
    * tegang pada payu-dara
    * pening kepala ,
    * rasa ‘pitam’   
    * perut kembung
    * mual(50%) dan muntah(25%).
    * sembelit atau ceret-beret (35%)
    * tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. 
Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
    * Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
    * Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. 
Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan  menyebabkan senggugut ini.     
                                                  
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua? 
                  
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?

Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?

 Tanpa ubat:
 -   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
 -   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. 
Berhati-hati jangan terlecur
 -   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
 *  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.

Dengan Ubat:
  -  sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat. 
          Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
          Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
          Pil perancang keluarga. 
Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. 
Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah

Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut.
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut. 
Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. 
Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. 
Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. 
Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.
Senggugut sekunder
 Di antara penyakit termasuk
   * Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
  * Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
  * Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). 
Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. 
Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.

Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. 
Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. 
Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). 
Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. 
Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. 
Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.

Komplikasi
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  
Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. 
Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. 
Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.
Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. 
Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. 
Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. 
Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.
Tidak terlepas perbincangan sekira tidak di perkatakan tentang penyakit yang berkaitan dengan senggugut sekunder.
Terutamanya Endometriosis.

2 ramuan mengatasi masalah keputihan

Bila sebut pasal masalah keputihan, sudah tentulah ianya berkaitan dengan wanita. 
Namun, sebagai suami yang prihatin, anda perlulah juga mengambil tahu mengenainya. 
Keputihan yang disebabkan oleh keluarnya lendir dari saluran vagina sering menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan kaum hawa. 
Rasa tak selesa atau gatal-gatal pasti wujud.


Bagi mengatasi keputihan ni, ada 2 petua tradisional yang ingin saya kongsi dengan anda. 
Kaedah pertama, anda perlukan pucuk pegaga sebagai ramuan asas.
Manakala yang kedua pula, anda perlukan daun sirih sebagai bahan utamanya.


KAEDAH 1:
1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.
gambar daun pegaga untuk masalah keputihan
Gambar hiasan 
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.
5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.
Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.


KAEDAH 2:


1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
gambar daun sirih untuk masalah keputihan
Gambar hiasan
2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.
6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.
7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.
8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.

"10 Tips Ringkas Kuruskan Badan"


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. 
Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. 
Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. 
Anda pasti boleh!


Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi.
Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten.
Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
gambar tips kuruskan badan
Gambar hiasan
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit.
Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan.
Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda.
Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal.
Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan
Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.
Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi).
Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.


Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00pagi),
Makan tengahari(12.30tengahari-1.30petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan.
Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa.
Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan.
Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:


Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu
Lakukan selama 30 minit setiap hari.


Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. 
Iaitu 10 minit untuk setiap sesi.
Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur.
Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
 

"2 Cara Menghilangkan Jerawat dan Melembutkan Kulit Muka"

Pernah tak anda dengar mengenai sejenis tumbuhan yang diberi nama bayam duri?
Ataupun sesetengah tempat menggelarkannya bayam hutan.
Nama saintifiknya pula adalah Amaranthus Spinosus.
Ia dikatakan mampu menghilangkan jerawat dan seterusnya melembutkan kulit muka anda.


Saya pun baru tahu mengenai perkara ni. 
Malah, rupa bayam duri ni pun saya tak kenal. 
Tapi, saya telah menjumpai dua imej yang boleh dijadikan rujukan bersama seperti di bawah.


Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan 


Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan


Bagi menghilangkan jerawat serta melembutkan kulit wajah anda dengan bayam duri ni, ada dua cara yang boleh dipraktikkan;


Cara Pertama:


1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya.


2. Ramas daun tersebut sehingga hancur.


3. Selepas itu, gosokkan daun yang telah hancur tadi ke muka anda dengan lembut atau perlahan-lahan.
Buatlah lebih kurang dalam 5 ke 10 minit.


4. Akhir sekali, bilas atau cuci muka anda dengan air bersih.


Cara Kedua:


1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya dahulu.


2. Terus ramas daun tersebut ke muka anda secara berhati-hati atau perlahan-lahan.


3. Lepas dah ramas, sentalkan pula daun tadi ke muka anda.
Sental dengan lembut serta perlahan-lahan yer.
Lakukan proses ini selama 5 ke 10 minit.


4. Akhir sekali, basuhlah muka anda dengan air bersih.


Sekali lagi, ingin saya tekankan di sini bahawa semasa anda menggosok, meramas atau menyental daun bayam duri ke muka, pastikan ia dibuat secara lembut.
Jika anda melakukannya dengan kuat, saya khuatir ia akan mencacatkan kulit muka anda pula.
Jadi, pastikan anda melakukannya dengan tenang dan tak tergesa-gesa.


Petua ini boleh anda amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.


 selamat mencuba yex!!!

 
 



Terima kasih krane membace....Klau da bce tu,komen la skali yer...

Tiada ulasan:

- ai lovely wan -